Friday, August 25, 2017

BANDUNG TRIP : Day 2 - Pasar Baru & Restoran Mitra Sederhana Pasteur, Bandung

morning, peeps!

ok ni cerita hari kedua kitorang di bandung (khamis).

view dari tingkap bilik hotel.

as mentioned dalam entry sebelum ni, kitorang stay kat hotel serela cihampelas, bandung.
brekfast adalah complementary (free).
so pagi tu breakfast kat hotel je.
good thing the breakfast was delish!
ok dengan tekak and selera sy la.
kalau ada yang cerewet kata tak sedap ke apa, tu tak tau la :P
tapi pada sy, sedap.
pilihan makanan pun agak banyak.

malas nak rotate gambar sebab blogging dengan phone. tabahlah kena teleng kepala sikit. lolx

kitorang janji dengan pak iweng pukul 9 pagi.
8.30 pagi turun breakfast.
nyesal pulak turun lewat sebab makanan sedap-sedap.. patut turun awal lagi, menikmati dengan bersungguh-sungguhnya. haha
pepagi macam ni nasi putih pun ada ye.
nasi goreng jagung, kwey teow goreng, nasi uduk, soto, bubur ayam, bubur dessert dll.
roti dengan kek pun ada kalau korang western. hihi

bubur ayam sedappp

sy ni kalau breakfast kat hotel, wajib try 2 dishes ni; iaitu bubur nasi dan omelette.
bubur ayam kat hotel serela cihampelas ni banyak juga condiments dia.
bawang goreng pun warna cerah suci je.
bahan fresh la so far.
dish lain contoh nasi uduk tu pun banyak condiments. kira bukan 3-4 jenis la, tapi lebih.

sarapan pagi diakhiri dengan bubur pulut hitam. tapi sini panggil nama lain. lupa dah. tp word 'hitam' tu tetap ada. so tau la ni bubur pulut hitam :)

gwe di kafe. haha. kerusi meja dia banyak jugak.


ariana yang makan cereal je. tak hip langsung. lolx


view kat buffet tables.


nasi, kwey teow dan lauk-pauk.


aneka sambal indonesia.


ni lah nasi uduk. banyak kan condiments dia! sy tak try lagi ni.

around 9 pagi, pak iweng dah sampai depan hotel.
pak agoes tak ikut kitorang.
dia ada time kitorang sampai and time nak balik nanti.
kira beliau ketua kepada supir-supir kot.

ni la kenderaan kitorang untuk pusing-pusing bandung nanti. sejenis suzuki yang sy tak tau nama modelnya :P


anaqi is ready for a little adventure! *adventure tu adalah dia sendiri! jenuh kitorang nak kejar dia and layankan dia berguling kat atas lantai. bahaha*

anaqi dah siap-siap dipakaikan harness.. supaya tak lepas lari di tengah-tengah crowd yang ramai.
it's recommended untuk young parents yang nak ke tempat yang sesak, untuk beli harness macam ni.
kat kedai baby ada, kat lazada or online stores lain pun ada.
(walaupun kadang tak tertarik jugak, especially bila dah berguling atas lantai sebab tak nak ikut ke mana dia pergi. ended up dukung pulak hahaha. tapi lepas tu bagi dia berjalan kaki balik).

husband.


mama and ariana.



kitorang ke rumah sulam dulu.
ikut je supir, pak iweng bawak ke kedai nama M collections ni.
tak tau murah ke tak murah, tapi berserah reda tabah, spent habis-habisan kat sini. lolx
tengok kualiti ok, kain cotton prada ke nama dia..
kalau convert RM, dalam RM55 sepasang. tapi beli banyak dapat kurang la to RM 53 sepasang macam tu.
kalau yang kain licin tu murah sikit. apantah namanya.
siap boleh upah jahit lagi.. boleh siap in one day katanya.
disebabkan upah jahit pun lagi murah daripada kat putrajaya nun, sy mintak jahit teruslah untuk baju sy.
malam tu tailor akan datang ke bilik hotel kita untuk ukur saiz and tanyakan nak baju macam mana.
kurung biasa, moden, peplum.. semua dia boleh buat.
keesokannya nanti tailor akan datang hantar baju yang dah siap kat hotel.
upah jahit? anggaran dalam RM55 (Rp.170,000) sepasang.
baju budak murah sikit.. kain budak harga RM39 (Rp.120,000), upah jahit RM48 (Rp.150,000).




anaqi tidur kejap time ni. banyak kain woh, rambang mata.

design? banyak jugak yang lawa-lawa.
boleh pilih ikut kesukaan la.
ada helper yang akan tolong.. cakap je nak warna apa, corak macam mana.
cumanya kat sini tak ada sulam penuh macam yang sy suka.
semua sulam sebahagian je.
lupa pulak nak tepek gambar kain.
nanti free sy edit balik entry ni.. dengan gambar design kain (kalau rajin. hahah)


suasana di dalam rumah sulam. ramai orang.


ada jugak tempat duduk untuk para hubsters tengok tv, and mini playground untuk anak-anak main, sementara tunggu all the ladies membeli-belah hahah.


time ni anaqi dah bangun tidur.

balik daripada rumah sulam, gerak ke pasar baru pulak.
tapi sebab dah banyak memborong kain tadi, aim ke pasar baru adalah untuk cari telekung, t-shirt bandung, jubah kalau ada dan souvenirs kecik.

budak berdua minum susu dalam mpv.

untuk yang ada anak-anak kecik macam ni, jangan lupa termos air panas, bekas compartment susu and pampers semua tu.

on the way ke pasar baru tu, sempatlah snap gambar suasana di jalanan.



tepi-tepi jalan pun ada orang jual-jual.


kedai telekung yang kitorang pergi kat pasar baru. kat lantai 3 tak silap, belah belakang.

kat pasar baru tu dah ada helper yang dedicated untuk kitorang.
dia yang akan ikut sepanjang kitorang jalan, tolog bawakan hasil belian dsb.
dia yang bawak pi kedai telekung tu.
malas nak fikir, ikut je lah and beli terus kat situ.
nak menginjak tengah hari, orang pun dah ramai kat situ.



pergi kedai ni nak cari jubah. tetiba tengok ehh macam lagi lawa telekung sini! ai is mesmerized. lolx. harga pun lawa jugaklah kot :'D

sy beli telekung yang my mom kirim je.
dengan telekung untuk diri sendiri yang sama.
faliq on the spot kirim jugak via whatsapp.
so total beli tiga.
kitorang beli yang simple je, dagu siti khadijah and semua putih sulam penuh supaya tak nampak jarang.
jubah tak jumpa.
malas nak jalan lagi.
turun beli souvenirs kecik (hubs punya).
sy tak jumpa design yang berkenan di hati. so skip je lah.

lepas tu gerak makan.
ingat nak ke simpang raya, tapi pak iweng cadang kitorang lunch di restoran mitra sederhana pasteur.
tak tau la mitra tu maknanya restoran ke apa kan.
sini masakan padang jugak macam kat simpang raya.
jenis yang hidang banyak, then kita pilih je mana yang nak.
sementara tu tengok view di sepanjang perjalanan dulu.





dah sampai!


berpiring-piring lauk diorang susun ataa meja ni ha.


anaqi and babah.


mama and ariana.


keropok macam ni banyak kat sini. tapi sila tanya waiter dulu ya. ini keropok kulit lembu.. bukan keropok udang atau sayur. kot ada yang tak makan kulit lembu kan.


hambik ko. dapat-dapat bil terkezut tengok. lolx

ambik sepiring ayam goreng.. ada la dalam 2 ketul kecik (ayam kampung kecik kan)
tau-tau 2 ketul tu dalam RM11! pengsan berjemaah.
harga dah macam kat malaysia. hoho
nasi pun dikira 3 pinggan.. ingatkan dikira by nasi sebekas tu.
sebab budak-budak makan seco'et je. sy pun makan sikit 1 senduk je macam tu.
pun kena kira 3 pinggan. aiyoh.

KFC pun ada sini.

then kitorang balik hotel dulu untuk rehat tengah hari.
lepas-lepas tu baru keluar balik.

one thing yang sy suka kat bandung ni, banyak pokok-pokok and landscape. lawaaa


bersambung...


OTHER BANDUNG ENTRIES:

DAY 1 - KLIA

DAY 1 - dapur sangkuriang, hotel serela cihampelas

DAY 2 - pasar baru, restoran mitra sederhana pasteur

DAY 2 - anakecil, yoghurt cisangkuy, factory outlet, sierra lounge and cafe

DAY 3 - trans studio bandung, wong solo, rumah mode, martabak andir

DAY 4 - Farm House Lembang


Day 4 - Strawberry Farm, Kopi Luwak Cikole, Floating Market Lembang, Kampung Daun dan Cihampelas Walk

Day 5 - Kartika Sari, Amanda, Durian, Wong Solo dan Airport

No comments: