Tuesday, August 29, 2017

BANDUNG TRIP : Day 2 - Anakecil, Yoghurt Cisanguy, F.O. & Sierra Lounge and Cafe

helo delo!
bersiaran lagi kita :D

sambungan lepas balik hotel rehat-rehat tengah hari tu..

kitorang sambung bershopping kat kedai anakecil.
kedai yang jual baju baby, budak-budak.. yang lawa-lawa dan harga sangat affordable!
kat sini sy ada beli jeans untuk anaqi. harga dalam RM29 je kalau convert duit malaysia.
and few shirts for AAs.
serius lawa ok.

di depan anakecil.



di dalam kedai anakecil. banyak bajuuuu.



ada playground jugak untuk anak-anak bermain.

serius, kalau repeat lagi ke bandung, anakecil is a must go. must. bahaha


kat area luar anakecil. ada kolam ikan.

lepas tu gerak ke tempat lain pulak..
since makan yoghurt cisangkuy ada dalam wishlist sy,
maka mari ke sanaa.


anaqi panjat ke depan. kita pasangkan dia seat belt.



horei, dah sampai pasar cisangkuy!

tak sempatlah pulak jenguk apa lagi ada kat pasar cisangkuy ni.
sebab aim dia nak pergi makan yoghurt.
kedai youghurt berada di sebelah kiri papan tanda pasar cisangkuy ni.
kedai dia memang jual yoghurt semata.
ok ada la kek semua tu.
tapi main dia adalah yoghurt.


husband tengah order yoghurt kat kaunter.



nah, ada jugak snacks lain kat sini.


boleh makan di dalam atau di luar.
tapi apa barang makan kat dalam kan.
tak de orang pun duduk kat dalam tu.
let's ambik angin kat luar je.
di bawah teduhan pokok-pokok. nyaman je.

dua gelas yoghurt strawberry.

cara makan; kena kacau semua di dalam gelas.
sebab yoghurt tu masam and strawberry tu manis.
bila campur dua-dua, baru terasa kemanisannya.
yoghurt cisangkuy ni aje yang manis.
tempat lain, yoghurt semua masam.. as i read on reviews.

cozy gile tempat ni.

depan tu ada banyak gerai tolak yang jual makanan.
so ada pelanggan yang beli makanan jugak dan makan kat kedai yoghurt ni (walaupun macam ada note ditampal kat situ.. tak boleh bawa masuk makanan dari luar. tapi semua selamba je makan. ok kot).
ada sate berasap-asap siap kat luar tu.
husband tak nak beli anything yang dijual kat luar di tepi jalan.
sebab diragui kebersihan, katanya. kena habuk dll.
(kalau sy, sy redah je sebab sy suka street food. lolx)
tapi kitorang tak pernah try makan kat street sana.
sebab supir pun banyak kali bitau, kalau perut tak tahan, jangan makan di tepi jalan.
mungkin pesanan dia ada kebenaran kan. orang berpengalaman lebih tau.


us four.



gatai nak rasa yoghurt saja. mendapat masam di situ. hahah. kacau dulu lah :P

lepas makan yoghurt, kitorang gerak ke factory outlets berhampiran.
kat jalan L. L. R.E. Martadinata.. situ area FO yang famous macam the secret, heritage, passion, jessie james etc.
sementara tu snap gambar tepi-tepi jalan.

sebenarnya nak tunjuk, van kecik tu ada jual pinggan banyak gile. tapi jauhlah pulak snap gambarnya :D



tepi jalan macam ni pun ada bangku ye. ni kat area factory outlets.



pun kat tepi jalan jugak.

disebabkan bandar bandung ni padat,
jalan rayanya diapit rapat oleh buildings.
kadang kat tepi jalan pun ada gate rumah orang.
sebab rumah tu dekat sangat dengan jalan raya. contohnya.
tapi sy rasa itu comel. sy suka, walaupun mungkin ada orang yang tak suka sempit-sempit macam tu kan.
pada sy, itu meriah.
cuma kena rajin hadap jem la, sebab area padat kan.


kat depan passion.



tak ingat dalam kedai mana ni, tapi banyak baju guys.

kat area tu, husband yang banyak tengok baju.
sy ronda-ronda cuci mata je. lolx


view kat luar. sy snap ni semata-mata sebab ada durian banyak gantung-gantung. durian fan kan katanya :D



beli kudap-kudapan tempatan. ahaks.

lepas bershopping, gerak ke area bukit di dago.
nak ke restoran fave sy; sierra lounge and cafe.
walaupun kat atas nun the stone cafe lebih famous, sy tetap pilih nak ke sierra dulu.
ingat nak ke the stone cafe esok-esok ke..
tapi tak jadi sebab time tu dah kenyang. haha. may be next trip.

waktu kat bandung ni sejam lewat daripada malaysia.
contohnya malaysia pukul 7 petang, bandung baru pukul 6 petang.
tapi pukul 6 petang kat sana dah gelap.

on the way nak ke sierra, nampak orang jual durian tepi jalan.
lantas kitorang terus aim nak makan duit one day kat bandung ni.




jyeah, dah sampai sierra!

apa yang buat sy sukakan sierra adalah suasananya dan kita boleh nampak view the whole bandung from top.
last time datang pada 2012, ada live performance.
ni tak de pulak.
mungkin sebab weekday and tak ada apa-apa perayaan.
time kitorang datang tu, bulan februari. valentine's.
so agak meriah. ada live performance, ada orang buat birthday party ke valentine's party ke apa ntah.
lepas tu kat depan pintu masuk ada orang jual bunga.
memang lively la.
this year datang sierra, tenang sikit. lolx


somehow i love this photo heaps. :)

fairy lamps!!
wani e love love loveee fairy lamps.
dan fairy lamps ada di sierra.

the bandung city view and i.



anaqi ni 10 kali suruh pandang kamera, belum tentu sekali dia nak pandang. wah haha.





set nasi campur bali.



ada sate lilit (berbatangkan serai), daging berlada macam dendeng.. lembut ok, yang macam kepok tu is crispy chicken skin. etc etc.



sotong goreng tepung.



husband cuba nasi dengan daging wagyu ni.

murah ok set daging wagyu ni.
tak ingat harga woih.
rasanya macam tak sampai RM30.
lembut lahai daging dia.
tapi portion daging sikit, kata husband.
mungkin sebab harga wagyu yang mahal.
yang penting dapat rasa sikit pun jadilah.


anaqi tak duduk diam. hahaha



ariana bariana.


lepas habis makan kat sierra, balik hotel, restttttt.
another new adventure the next day!


bersambung...


OTHER BANDUNG ENTRIES:

DAY 1 - KLIA

DAY 1 - dapur sangkuriang, hotel serela cihampelas

DAY 2 - pasar baru, restoran mitra sederhana pasteur

DAY 2 - anakecil, yoghurt cisangkuy, factory outlet, sierra lounge and cafe

DAY 3 - trans studio bandung, wong solo, rumah mode, martabak andir

DAY 4 - Farm House Lembang


Day 4 - Strawberry Farm, Kopi Luwak Cikole, Floating Market Lembang, Kampung Daun dan Cihampelas Walk

Day 5 - Kartika Sari, Amanda, Durian, Wong Solo dan Airport

No comments: